Friday, March 6, 2015

Kelas Bersama Murid-Murid Tabika KEMAS Kg. Serasot, Bau Sarawak

Kelas ini telah diadakan pada 13 & 27 Februari 2015 dan 6 Mac 2015 di Pusat Internet 1Malaysia Serasot dari jam 10.00 pagi hingga 12 tengahari. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa kami menggadakan semua kelas tersebut di PI1M Serasot kan.. Sebenarnya, buat masa sekarang PI1M Krokong telah dikosongkan untuk proses-proses pengubahsuaian / direnovate.. Biasalah renew kontrak... Oleh sebab itu, kami pun ditugaskan di PI1M Serasot dan mengadakan kelas-kelas ICT dan lain2 latihan disana..

OKlah..Sambung semula cerita kelas-kelas  bersama murid-murid Tabika KEMAS Kg. Serasot.^_^.
Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa kelas tersebut diadakan. Antaranya ialah, pengenalan komponen asas komputer, tayangan video belajar huruf dan nombor, MS Paint, dsbgnya. 

Jom tengok gambar2 sepanjang kelas-kelas itu diadakan..


Friday, January 2, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

PI1M Krokong mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua pengunjung blog kami. Semoga kalian sihat selalu dan mencapai apa jua yang dihajatkan bagi tahun 2015.



Sunday, December 28, 2014

2014 Assistant Manager Annual Refresher Workshop

Diadakan pada 15 Disember 2014 sehingga 18 Disember 2014, bertempat di Pejabat Nera Infocom (M) Sdn Bhd, Shah Alam Selangor, dan melibatkan semua Penolong Pengurus dari Pusat Internet 1Malaysia di seluruh Malaysia.

JOM tengok sedikit gambar-gambar yang telah diambil sepanjang program tersebut dijalankan...









Senarai Kursus Yang Ditawarkan

PI1M Krokong juga mengadakan kursus kepada komuniti secara percuma. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus.

Berikut antara kursus-kursus yang disediakan:

  1. Pengenalan Kepada Asas Komputer
  2. MS Office
  3. Kursus Asas Keusahawana
  4. Kursus Intel
  5. Membuat Blog
  6. Membuat Website
  7. Membuat Email
  8. Cara Membuka Akaun Laman Sosial
  9. Dan lain-lain 

Senarai Perkhidmatan & Kadar Bayaran Perkhidmatan

PI1M Krokong turut menyediakan perkhidmatan dengan kadar bayaran yang berpatutan kepada komuniti seperti berikut:

Penggunaan Internet
RM1.00 sejam (Ahli)
RM2.00 sejam (Bukan Ahli)

Pencetak dan Fotokopi (Hitam & Putih)
RM0.20 setiap muka surat

Pencetak dan Fotokopi (Warna)
RM1.00 setiap mukasurat

Pengimbas
RM0.20 setiap mukasurat

Laminate - Kecil
RM1.00 setiap mukasurat

Laminate - A4
RM2.00 setiap mukasurat

Wifi
Percuma

** Pendaftaran sebagai ahli PI1M sebanyak RM5.00 seumur hidup. Untuk memperbaharui keahlian PI1M sebanyak RM3.00 Sahaja (tidak aktif selama 1 tahun).


TENTANG KAMI



Selamat Datang ke Blog PI1M Krokong, Bau 

Pusat Internet 1 Malaysia Kg Krokong mengalu-alukan kedatangan anda ke laman web ini. Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Maxis Berhad. 

Inisiatif bagi PI1M Kg Krokong ialah untuk merapatkan jurang digital di kalangan penduduk tempatan. PI1M Kg Krokong ialah antara projek pertama di negeri Sarawak yang mendedahkan penduduk tempatan kepada Teknologi Maklumat (ICT) yang terbaru untuk melahirkan komuniti yang celik IT.

PI1M Kg Krokong dilengkapi dengan peralatan jalur lebar dan kemudahan ICT yang terkini yang membenarkan penduduk tempatan mendalami dan meluaskan pengetahuan mereka dalam bidang ini, terutamanya tentang komputer dan kegunaannya.




Waktu Operasi
8.00 pagi - 5.00 petang
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum

Hubungi Kami
Pusat Internet 1 Malaysia Krokong
Dewan Masyarakat Krokong
Jalan Krokong
94000 Bau
SARAWAK

Laman Web: kgkrokong.cbcmaxis.my
Facebook: https://www.facebook.com/pjk.krokong
Email Admin : francisca@cbcmaxis.my / viviana@cbcmaxis.my